Negeri Sabah, yang juga dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu mempunyai banyak tarikan destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi bagi percutian seisi keluarga mahupun bersama sahabat handai.
Sekiranya anda belum pernah ada pengalaman bercuti ke Sabah, mungkin anda boleh baca panduan yang saya muatkan dalam blog ini. Dalam posting ini, saya akan kongsikan cadangan jadual perjalanan (itinerary) bagi percutian ke Sabah selama 4 hari 3 malam, beserta dengan tempat-tempat menarik untuk anda kunjungi.
Sekiranya anda ingin bercuti ke Sabah, dan pada masa yang sama, anda ingin berjimat, silalah teruskan pembacaan.
Tiket penerbangan ke Kota Kinabalu Sabah
Untuk pergi bercuti ke Sabah, terdapat beberapa syarikat penerbangan yang anda boleh pilih, iaitu Malaysia Airlines (MAS), Air Asia dan juga Malindo Air.
Pilihlah mana-mana satu yang menepati bajet anda. Kebiasaannya, Air Asia adalah pilihan popular, sebabnya mereka selalu juga buat promosi. Anda boleh dapat harga tiket promosi berharga RM200 – RM300 untuk penerbangan pergi dan balik bagi seorang penumpang.
Kalau bernasib baik, anda mungkin boleh dapat tiket zero fare (hanya perlu bayar airport tax dan baggage sahaja) ataupun tiket bawah harga RM250 untuk seorang bagi penerbangan pergi dan balik. Anda juga boleh rujuk laman web Airpaz bagi memudahkan anda membuat perbandingan harga tiket penerbangan paling murah.
Sebaik-baiknya, pilih penerbangan paling awal yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) sebabnya anda mungkin perlukan masa yang lebih panjang untuk urusan dengan pihak imigresen semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Kalau boleh kena bergerak pantas untuk jimatkan masa. Maklumlah kat Sabah ni, cepat gelap. Nanti kalau banyak buang masa, tak sempat pulak nak pergi ke tempat-tempat menarik yang ada di Kota Kinabalu dan Kundasang nanti.
Selesai urusan dengan pihak imigresen, dah dapatkan semua bagasi, anda boleh terus hubungi ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd dan dapatkan kereta sewa dari mereka. Tempah kereta sewa lebih awal bagi memastikan kenderaan yang anda mahukan belum diambil orang.
Satu perkara yang bagus dengan ED Holidays Travel & Car Rental ini, mereka menyediakan khidmat sewa kereta pandu sendiri ataupun bersama dengan tour guide.
Mana satu yang lebih baik? Ambik pakej kereta sewa pandu sendiri atau pakej bersama tour guide yang bakal membawa pelancong melawat destinasi percutian di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang?
Pada saya, kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri. Jika anda yakin, anda tak akan sesat, anda tahu tempat mana yang ingin dikunjungi dulu, maka bolehlah sewa kereta dan pandu sendiri.
Sebaliknya, jika anda inginkan seseorang yang dapat membawa anda ke tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu dan Kundasang dengan selamat, tak perlu risau akan sesat dan dapat singgah ke tempat-tempat manarik yang lainnya, maka bolehlah dapatkan khidmat tour guide.
Berita baiknya ialah, anda boleh dapatkan kesemua perkhidmatan ini, iaitu kereta sewa, khidmat tour guide dan juga tempat penginapan melalui ED Holidays Travel & Car Rental.
Jika ini merupakan kali pertama anda bakal bercuti ke Sabah, anda boleh jadikan posting ini sebagai rujukan. Ataupun, jika anda kenal mana-mana rakan anda yang ingin ke Sabah, boleh juga berikan link artikel ini kepada mereka ya.
HARI PERTAMA PERCUTIAN DI SABAH (Kota Kinabalu dan Kundasang)
Apa tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi apabila bercuti ke Sabah? Saya tahu, inilah dia persoalan yang sering ditanyakan oleh mereka yang nak bercuti ke Sabah.
Jadi, dalam posting ini, saya akan senaraikan tempat-tempat yang anda boleh kunjungi mengikut hari apabila anda ke Sabah nanti. Lazimnya, kita akan rancang perjalanan untuk 4 hari 3 malam.
Mana destinasi pertama yang hendak dituju?
Rumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo
Selepas anda dapat kenderaan anda, saya sarankan anda terus mulakan perjalanan ke Kundasang. Dalam perjalanan nak ke Kundasang, boleh singgah dulu ke Rumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo ini.
Rumah terbalik ini letaknya di laluan yang sama untuk ke Kundasang. Jadi, sebelum kita sampai ke Kundasang, kita singgah dulu ke tempat ini.
Pengunjung tak dibenarkan untuk bergambar dibahagian dalam rumah terbalik ini.
Namun kalau cuma nak bergambar diluar kawasan rumah, tidak ada sebarang larangan. Dari segi susun atur, dibahagian dalam rumah terbalik ini, segala-galanya adalah terbalik. Datanglah kesini dan lihat sendiri keunikkan tempat ini.
Anda juga boleh dapatkan cenderahati disini. Selesai aktiviti disini, sekitar 1 – 2 jam, boleh teruskan perjalanan ke Kundasang pula.
Sepanjang jalan nak ke Kundasang, anda akan temui banyak gereja dibina di tepi-tepi jalan. Pastikan anda telah isi minyak full tank sebelum nak teruskan perjalanan ya. Lagi satu, untuk pengetahuan anda, anda akan melalui kawasan pergunungan dan tanah tinggi untuk sampai ke Kundasang.
Sila pandu dengan cermat. Kalau boleh, jalan terlalu lewat nak pergi ke Kundasang sebabnya sekitar jam 5 petang, keadaan dah mula gelap dan berkabus. Ini satu lagi tips bercuti ke Kundasang yang anda perlu ambil perhatian ya. Untuk keselamatan anda juga.
Check in homestay di Kundasang
Apabila sampai di Kundasang, anda boleh terus check in. Untuk pengetahuan anda, pihak ED Holidays Travel & Car Rental juga ada menawarkan tempat penginapan di Kundasang, sekiranya anda perlukan tempat penginapan jenis homestay.
Sila hubungi mereka terlebih dahulu untuk lihat sama ada terdapat kekosongan. Ataupun, sebagai alternatif, anda juga boleh buat tempahan lebih awal menerusi laman web tempahan seperti Agoda, booking.com mahupun laman web Airbnb.
Tak perlu risau tentang tempat penginapan di Kundasang, sebabnya disana memang ada banyak hotel dan resort yang anda boleh pilih.
Kinabalu National Park
Jom kita mendaki Gunung Kinabalu!
Apa? Mendaki gunung kinabalu?! Biar betul??
Kinabalu Park ini adalah lokasi permulaan bagi para pendaki yang ingin menawan Gunung Kinabalu. Terdapat beberapa trail yang anda boleh gunakan untuk naik ke puncak gunung.
Sekiranya anda ingin menjalankan aktiviti mendaki disini, pastikan anda telah lakukan pendaftaran terlebih dahulu. Tetapi, jika anda hanya ingin melihat-lihat keadaan di sekitar Kinabalu Park, anda boleh bawa naik kenderaan anda.
Walaubagaimanapun, percutian selama 4 hari 3 malam ini, mungkin tak berapa sesuai kalau anda ingin melakukan aktiviti pendakian. Lebih baik kita luangkan masa yang ada untuk melawat banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada disekitar Kundasang dan Ranau.
Kundasang War Memorial
Tempat ini dibina bagi tujuan memperingati pahlawan dan tawanan perang yang gugur dalam medan peperangan semasa perang dunia kedua.
Terdapat 4 taman yang dibina disini, iaitu British Garden, Australian Garden, Borneo Garden dan juga Contemplation Garden and Pool.
Tamu (pasar) di Pekan Kundasang
Tamu juga dikenali dengan nama pasar terbuka jika di semenanjung, dan kalau di Kundasang, ianya diadakan disebelah petang.
Ada macam-macam barangan keluaran masyarakat tempatan ada dijual disini, selain turut dijual pelbagai jenis makanan, buah-buahan dan sayuran, ikan masin, pakaian, kasut dan sebagainya.
Tamu ini tidak diadakan setiap hari. Kali terakhir saya datang ke Kundasang, tamu ini diadakan pada hari Khamis petang. Kalau kebetulan pada waktu tu anda berada di Kundasang, bolehlah singgah ke sini.
Apa pun, jika anda mengikuti pakej tour yang disediakan oleh ED Holidays Travel, anda boleh tanyakan terus pada mereka lokasi-lokasi tamu yang terdapat di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang.
Gerai buah-buahan dan sayur-sayuran segar di Pekan Kundasang
Disini anda boleh dapatkan macam-macam jenis buah-buahan yang agak sukar untuk ditemui di Semenanjung.
Saya syorkan, anda beli seberapa banyak yang boleh. Sebabnya, bila berada di Kota Kinabalu nanti, anda mungkin tak akan jumpa buah-buahan seperti ini. Kalau dekat KK pun susah nak jumpa, dekat semenanjung lagilah susah nak dapat!
Buah-buahan yang dijual disini, ada juga yang telah siap dipotong-potong. Kalau anda tak pasti, sama ada buah tersebut sedap atau tak, boleh cuba dapatkan yang dah siap di packing dan rasa dulu.
Kalau confirm sedap dan kena dengan selera anda, barulah beli banyak-banyak.
Sayur-sayuran segar juga ada banyak terdapat disini. Jika anda menginap di homestay yang menyediakan tempat masak, anda boleh terus masak sayur-sayuran segar yang dijual disini.
HARI KEDUA PERCUTIAN KE SABAH (Kundasang & Kota Kinabalu)
Bumi Sabah memang lebih cepat gelap kalau nak bandingkan dengan di Semenanjung. Selain cepat gelap, disini juga cepat cerah. Sekitar pukul 6 pagi, keadaan dah mula cerah disini. Waktu di Sabah lebih awal kira-kira satu jam kalau dibandingkan dengan waktu di semenanjung.
Jadi, jangan buang masa anda nak tidur lama-lama apabila bercuti di Kundasang. Setiap masa yang ada disini sangatlah berharga. Bangun awal pagi. Selepas solat Subuh, jangan tidur balik sebaliknya siap sedia untuk mulakan hari tersebut.
Selepas selesai sarapan pagi, anda boleh terus check out dan mulakan perjalanan pada hari tersebut.
Desa Cattle Dairy Farm
Salah satu tempat percutian yang cukup popular yang terdapat di Kundasang adalah Desa Cattle Dairy Farm.
Pemandangan di hadapan Desa Cattle Dairy Farm.
Dekat sini, anda boleh lihat pemandangan yang sangat cantik dan juga lembu-lembu berwarna hitam dan putih, seperti yang biasanya dapat dilihat jika berada di New Zealand.
Desa Dairy Farm ini dibuka seawal jam 8.00 pagi dan tutup pada jam 5.00 petang. Tempat ini lebih sesuai dilawati pada waktu pagi, dan pemandangan pada waktu pagi sangatlah cantik disini.
Lagi satu, kalau anda datang agak lewat, mungkin sekitar jam 10 keatas, pada waktu tu suasana agak panas. Siap sedia dengan payung, dan juga cermin mata hitam.
Ini pula antara produk keluaran Desa Dairy Farm yang anda boleh dapatkan dan nikmati terus disini. Ada susu, yogurt, cheese dan juga ais krim.
Menariknya produk keluaran mereka ialah, kita boleh lihat sendiri bagaimana cara mereka menghasilkan produk-produk ini, bermula dengan cara mereka menternak lembu, membersih dan memproses produk keluaran mereka.
Ada bayaran untuk masuk ke tempat ini.
Tagal Luanti Fish Spa & Massage Sungai Moroli Kg Luanti – Ranau
Selesai melawat Desa Dairy Farm, anda boleh teruskan perjalanan ke Tagal Luanti Fish Spa.
Disini terdapat ikan-ikan yang telah dilatih khas oleh penduduk tempatan untuk melakukan spa. Masuk je dalam air dan ikan-ikan akan datang mengerumuni kaki anda.
Anda boleh beri ikan makan, dengan makanan khas yang disediakan.
Jangan takut dengan ikan-ikan ini, sebabnya ia tidak akan mencederakan anda. Ikan-ikan ni semua hanya akan makan kulit-kulit kering dan sel-sel mati yang terdapat di kaki anda sahaja.
Selepas selesai jalankan sesi ini, anda akan dapati kulit kaki anda akan jadi lebih licin.
Untuk masuk ke kawasan lokasi fish spa ini, ada dikenakan bayaran.
Poring Hot Spring
Dah seronok bermain-main dengan ikan yang terdapat di Sungai Moroli, kita teruskan pula ke destinasi seterusnya di Poring Hot Spring.
Disini, kita luangkan masa untuk berendam di kolam air panas. Kalau tak nak rendam satu badan, boleh juga cuma rendam kaki sahaja.
Tempat ini merupakan satu lagi destinasi yang cukup popular.
Kolam air panas di sini ada dibina pondok-pondok khas. Jadi, pengunjung tak perlu risau nak berkongsi dengan pengunjung lain, dan kalau waktu hujan sekalipun, anda masih boleh berendam disini.
Kolam-kolam disini disediakan mengikut first come first serve basis. Kalau nampak tempat tu tak ada orang, masuk saja ke pondok tersebut.
Ada bayaran masuk untuk ke sini.
Ladang Teh Sabah Tea
Negeri Sabah juga mempunyai ladang teh.
Anda mesti nak tau, apa bezanya ladang teh di Sabah ini dengan ladang teh yang terdapat di Cameron Highland, betul tak?
Pemandangan di ladang teh Sabah Tea.
Kalau begitu, pastikan anda singgah di Ladang Teh Sabah Tea yang terdapat di Ranau ni.
Di Sabah Tea ini, anda boleh beli buah tangan, seperti produk-produk berasaskan teh dan juga cenderahati. Jika anda ingin mengikuti sesi tour, yang akan menunjukkan kepada para pengunjung bagaimana daun teh diproses sehingga menjadi produk akhir, juga ada disediakan.
Teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu dan Check In Tempat penginapan
Setelah selesai melawat ladang teh di Ranau, anda boleh terus menuju ke Kota Kinabalu dan check in di tempat penginapan anda.
Pihak ED Holidays Travel & Car Rental juga ada menyediakan tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk swimming pool untuk para pengunjungnya.
Sekiranya anda ingin menginap di tempat kediaman jenis homestay, boleh minta pihak ED Holidays Travel untuk uruskan bagi pihak anda. Terdapat dua unit rumah yang boleh disewa. Satu unit ada 3 bilik, dan satu unit yang lain pula ada 2 bilik.
Maksimum, sebuah homestay boleh memuatkan 10 orang tetamu. Jadi, jika ingin berjimat, amat digalakkan anda buat tempahan homestay dengan ED Holidays Travel.
Habiskan waktu malam jalan-jalan dan makan Seafood di Pasar Sinsuran
Ada banyak tempat makan yang best terdapat disekitar Kota Kinabalu.
Antara yang memang cukup popular di Kota Kinabalu adalah seafood. Rugilah kalau datang ke KK, tapi tak makan seafood. Mesti ramai yang tertanya-tanya, mahal ke seafood di KK?
Aha… inilah sebabnya kita kena berjimat. Apa yang kita jimatkan sebelum ini, boleh guna untuk makan yang sedap-sedap dan shopping puas-puas semasa di KK nanti.
HARI KETIGA PERCUTIAN KE SABAH (Kota Kinabalu)
Kalau sebelum ini, kita habiskan masa dikawasan tanah tinggi dan layan suasana sejuk, hari ketiga ini kita pergi ke tempat-tempat yang agak panas.
Pulau Manukan & Pulau Sapi
Sabah juga memiliki kawasan perairan yang cukup cantik dan sesuai untuk aktiviti pelancongan.
Destinasi pulau yang cukup popular adalah Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik.
Ada bot khas yang akan bawa anda ke pulau-pulau ini. Untuk memudahkan anda pergi ke pulau-pulau ini, anda boleh minta pihak ED Holidays Travel untuk uruskan perjalanan anda. Buat sahaja tempahan dengan mereka.
Aktiviti melawat pulau-pulau ini biasanya mengambil masa setengah hari. Apabila berada disana, aktiviti adalah bebas. Anda boleh mandi-manda, buat snorkeling atau sekadar lepak-lepak dan ambil gambar sahaja.
Sebaik-baiknya, lebih baik keluar awal dan siap sedia di jeti.
Anda nak mandi laut yang jernih ni tapi tak tau berenang? Jangan risau, sebabnya anda boleh sewa jaket keselamatan apabila berada di sini.
Masjid Terapung Likas
Selesai aktiviti di pulau, mungkin anda boleh balik ke homestay sekejap dan bersih-bersihkan apa yang patut. Lepas berehat sekejap, boleh teruskan perjalanan melawat ke sekitar kawasan Kota Kinabalu.
Jangan lupa untuk singgah ke Masjid Terapung Likas untuk solat Zohor & Asar. Ya, anda boleh buat jamak qasar.
Todak Waterfront
Disebelah petang, anda boleh jalan-jalan dan ambil gambar di sekitar Todak Waterfront ini.
Pantai Tanjung Aru
Di Pantai Tanjung Aru ini, sesuai untuk anda luangkan masa untuk melihat suasana matahari terbenam.
Signal Hill
Disini adalah salah satu tempat terbaik untuk anda melihat kawasan sekitar Kota Kinabalu! Jadi, cubalah cari masa untuk naik ke Signal Hill Observatory Tower ini dan lihat keadaan di sekitar KK.
HARI KEEMPAT PERCUTIAN KE SABAH (Kota Kinabalu)
Hari keempat, adalah merupakan hari terakhir di Sabah, apa aktiviti nak buat pada hari ini? Hari ini, mungkin kita dah agak penat, memandangkan beberapa hari sebelumnya agak padat dengan aktiviti lawatan.
Aktiviti hari ini, adalah lebih kepada aktiviti ringan sahaja.
Taman Buaya
Selepas selesai sarapan pagi, boleh ke Taman Buaya yang terletak di Tuaran. Selain melihat pelbagai spesies buaya, pengunjung juga boleh melihat haiwan-haiwan lain seperti ular dari spesies Anaconda, beruang, burung unta dan lain-lain jenis haiwan.
Pasar Pilipina
Dah selesai melawat tempat-tempat tarikan pelancong yang terdapat di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya? Sekarang masa untuk shopping. Terdapat pelbagai jenis cenderahati dan produk kraftangan boleh diperolehi disini.
Boleh dijadikan ole-ole untuk kawan-kawan dan saudara mara yang berada di semenanjung. Ada macam-macam yang sesuai untuk diborong, seperti t-shirt, beg, produk berasaskan mutiara, dan sebagainya.
Pasar Ikan Masin
Satu lagi tempat shopping yang best!
Pelbagai jenis ikan masin ada dijual disini. Harganya juga tak begitu mahal dan memang sesuai kalau nak borong ikan masin dan lain-lain produk tempatan.
Penjual disini juga begitu cekap, dan mereka boleh tolong bungkuskan serta masukkan dalam kotak, bagi memudahkan anda check in barangan yang dibeli ke dalam pesawat semasa berada di lapangan terbang nanti.
Untuk penerbangan balik, sebaik-baiknya anda pilihlah penerbangan terakhir yang berlepas dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Jadi, anda akan ada masa yang agak panjang untuk shopping.
Baiklah, itulah dia jadual perjalanan yang anda boleh ikuti jika ingin bercuti ke Sabah nanti. Terpulang pada anda, sama ada nak luangkan lebih banyak masa di Kundasang, atau nak luangkan lebih masa di bandar KK.
Ada orang, lebih suka suasana bandar, suka aktiviti pulau, jadi mungkin mereka akan pilih untuk menginap lebih banyak masa di Kota Kinabalu, Macam saya pula, saya lebih suka suasana tenang dan damai yang dapat dinikmati ketika berada di Kundasang.
Jadi, mungkin anda boleh adjust mana-mana yang perlu, seperti dua malam menginap di Kundasang, dan 1 malam berada di Kota Kinabalu pula.
Dalam posting ini juga, saya syorkan anda dapatkan perkhidmatan dari syarikat travel ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd. Untuk makluman anda juga, kesemua tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati ini, adalah merupakan tempat-tempat yang akan anda kunjungi apabila mendapatkan khidmat tour bersama ED Holidays Travel nanti.